Manusia Dungu Dengan Telefon Pintar
Ajaib sungguh manusia hari ini memiliki 1,000 teman, tetapi masih kesunyian. Walaupun mereka mampu berkomunikasi dengan semua teman-temannya, tetapi mereka tidaklah benar-benar mengenali manusia itu. Masalah manusia itu adalah pada ruang dan masa yang di gunakannya. Mereka hanya mengenali nama dan wajah kawan-kawan mereka pada skrin komputer sahaja.
Berkomunikasi, bersahabat dan berkongsi rasa kebersamaan melalui telefon pintar adalah perkara biasa yang dilakukan semasa bersosial melalui media. Namun, apabila berjauhan dengan alat khayalan itu, barulah hamba itu terjaga dan melihat dunia dengan penuh kekeliruan. Segala kecanggihan yang manusia miliki itu tidak lain hanyalah ilusi. Menyedari kesilapan ini, akhirnya membuka mata hamba itu lalu melangkah ke belakang sebentar.
Adakah ini yang digelar bersosial melalui media tetapi sebenarnya hanya membuka komputer dan menutup pintu.
Waspadalah, dunia hari ini menyaksikan di mana manusia itu menjadi hamba kepada kecanggihan teknologi yang manusia itu kuasai. Di mana infomasi dijual oleh mereka yang kaya dan tamak melalui pengiklanan dan pelbagai cara lagi. Dunia di mana manusia mempunyai keinginan sendiri dengan bayangan tersendiri dan suka mempromosikan diri. Di mana manusia itu berkongsi sesuatu perkara bersama tetapi tidak mengeluarkan perasaan secara fizikal.
Manusia berkelakuan seperti mereka sedang gembira berkongsi sesuatu pengalaman, tetapi adakah sama apabila tiada orang pun di sekeliling mereka. Ya, mereka dapat bersama dengan teman-teman mereka sentiasa, jikalau bukan secara fizikal, mereka mampu mengatasinya dengan bermesej secara berkumpulan. Namun, mereka sanggup menghabiskan masa dengan berjaga hingga ke lewat malam demi meraikan mereka di alam maya lebih dari rakan sebilik.
Mereka suka menokok tambah, membesar-besarkan sesuatu dan menginginkan penjanaan idea tetapi mereka berpura-pura tidak menyedari dan menidakkan pengasingan sosial. Mereka menyusun perkataan dengan teratur kemudian ditaip satu persatu supaya kehidupan mereka kelihatan bersinar pada mata orang lain, tetapi mereka sebenarnya tidak mengetahui sesiapa pun yang sedang mendengar.
Apakah kesan yang berlaku di sekeliling mereka apabila keadaan manusia menjadi sebegini?
Apabila berada di tempat awam, manusia mula kekok dan merasa keseorangan. Sedangkan mereka seharusnya meletakkan tangan dibelakang kepala dan menjauhi telefon itu. Mereka tidak perlu menekan menu untuk melihat senarai kenalan, tetapi hanya perlu berbual bersama dan belajar untuk merasai kewujudan bersama.
Masalah lain juga timbul apabila manusia itu dikelilingi oleh anak-anak mereka yang sejak dari lahir melihat kehidupan mereka seperti robot. Lalu, anak-anak mereka menyangka ia suatu perkara yang normal dalam kehidupan. Sedarilah, manusia itu tidak mampu menjadi seorang ayah yang baik jika tidak mampu menghiburkan hati anak-anak mereka tanpa menggunakan i-pad.
Hamba itu tidak dapat menahan lagi untuk mendengar kesunyian di dalam keretapi komuter walaupun keadaan sebenarnya sedang sesak. Tiada perbualan berlaku dan mereka takut untuk mengatakan sesuatu. Hari ke hari, manusia kini tidak bersosial lagi apabila hilangnya keinginan dan kepuasan diri untuk menyelami perasaan antara satu sama lain dan melihat kepada mata dan hati orang lain.
Adakah salah untuk bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara?
Semasa hamba itu kecil, hamba itu tidak pernah di rumah. Keluar bersama kawan, berbasikal dengan berkeliaran, melepaskan diri dari latihan, melompat-lompat mengangkat lutut kegirangan dan membina rumah pondok tinggi di atas pokok. Namun kini taman permainan menjadi sunyi dan sungguh mengerikan bagi hamba itu. Tiada kanak-kanak bermain di luar dengan buaian tergantung kaku, tiada tali skiping dan jongkang-jongket kedengaran.
Namun, hamba itu menekankan bahawa duduk bersendirian tidaklah menjadi masalah. Apabila manusia itu membaca buku, melukis gambar dan melakukan senaman, manusia itu masih menjadi seseorang yang produktif dan telah melakukan sesuatu, bukannya seperti mereka yang sedang bertapa.
Adakah mereka sebuah generasi bodoh dengan telefon pintar dan manusia dungu. Bagaimanakah gambaran yang sepatutnya?
Dulu, manusia tidak perlu memberitahu beratus orang apa yang mereka lakukan kecuali hanya kepada orang yang tersayang. Di saat manusia menjual komputer mereka dan membeli cicin kerana seseorang yang benar-benar wujud bukan khayalan. Merasai mulanya pembinaan sesebuah keluarga dan mendukung anak kecil untuk merasa jatuh cinta sekali lagi. Ketika itu, manusia terjaga di waktu malam dan yang hanya mereka inginkan hanyalah waktu rehat.
Setelah masa berlalu, tibalah waktu manusia itu menitiskan air mata apabila berpisah dengan anak mereka untuk mengejar cita. Sekejap saja, anak itu sudah kembali dengan pasangan hidupnya. Kemudian, detik ketika manusia itu mendapat pangkat datuk dan merasa sebenarnya mereka telah tua. Dengan itu, mereka memikirkan apa yang telah mereka lakukan dengan memberi perhatian kepada kehidupan dan mereka bersyukur kerana tidak menyiakannya dengan mengagumi kecanggihan sesebuah ciptaan.
Akhirnya, hari di mana mereka memegang tangan isteri mereka dan duduk di sebelah katilnya. Manusia itu mengatakan yang mereka menyintainya dan mengucup dahi isterinya. Kemudian, isterinya membisikan ke telinga mereka perlahan-lahan kerana jantungnya yang akan berdegup buat kali terakhir, lalu berkata bahawa dia berasa bertuah kerana berjalan di atas jalan yang sama dan mengenali manusia itu.
Hamba itu juga turut jadi bersalah kerana keadaan dunia hari ini
Tetapi semua ini tidak berlaku, kerana manusia itu tidak melakukan semua ini. Semasa mereka sibuk melihat ke bawah pada paparan skrin telefon, mereka tidak dapat melihat peluang yang ada di depan telah pun mereka siakan. Jadi, waspadalah dengan telefon pintar dan matikan paparannya kerana kewujudan manusia akan berakhir dalam beberapa kiraan hari. Janganlah membuang masa kehidupan dan terperangkap di dalam sesawang kerana penghujung kehidupan akan tiba dan tiada perkara lain yang akan dikesali.
Hamba itu juga turut bersalah kerana menjadi sebahagian daripada mesin-mesin ini. Di pentas ini hamba itu didengari tetapi tidak diperhati. Hamba itu menaip seperti hamba itu sedang bercakap, hamba itu membaca seperti hamba itu sedang berbual secara atas talian. Keadaan di mana hamba itu meluangkan berjam masa bersama tanpa membuat sebarang perjumpaan. Janganlah kehidupan ini diserahkan kepada kehidupan yang mengejar kepada kehidupan yang digembar-gemburkan. Serahkanlah kepada orang lain dengan menyayanginya bukan hanya menyerahkan simbol 'like'.
Putuskan diri daripada merasakan keperluan untuk didengari dan dikenali. Keluarlah ke dunia nyata dan tinggalkan kemusnahan ini di belakang. Waspadalah dengan telefon pintar dan matikan paparannya, Kemudian berhentilah daripada membaca tulisan ini dan mulakan kehidupan dengan sebenarnya.

0 comments:
Post a Comment